Kerumitan Penduduk… UMNO Putrajaya Turun Padang Dengar Rintihan
PUTRAJAYA – Rintihan penduduk setempat yang berdepan pelbagai masalah tetap didengar oleh UMNO Bahagian Putrajaya biarpun kawasan terbabait sewajarnya ditangani oleh pemimpin yang berjanji untuk ‘Era Baharu’.
Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman telah turun padang selepas mendapat aduan dari penduduk akibat kesulitan yang berlaku di PRIMA PRESINT 11.
Terdahulu dari penduduk PRIMA Presint 11 yang uzur terpaksa diusung dengan menuruni tangga ekoran lif yang tidak berfungsi hampir dua bulan.
“Untuk mendapatkan kepastian saya bersama AJK Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya membuat perjumpaan bersama pengerusi pengurusan PRIMA dan ‘team’ penyelenggaraan PRIMA serta penduduk,” katanya.
Jelas Puan Husna, kerisauan penduduk kerana pada hari kejadian kedua-dua lif rosak.
“Dimaklumkan juga pada kami dalam tempoh dua hari ini satu lif yang ada juga tidak berfungsi dengan balik.
“Saya mendapat penjelasan daripada En Badrul bahawa semuanya telah diambil tindakan oleh pihak beliau dan kontraktor FUJI. Penduduk juga telah dimaklumkan tempoh pembaik pulih lif yang tidak berfungsi,”
Semoga kesulitan penduduk akan berakhir dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih lancar. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.