Aktiviti & Komuniti

Hari Terbuka Klinik Rakyat KuNan Meriah

PUTRAJAYA – Klinik Rakyat KuNan telah meraikan warga tempatan dengan Hari Terbuka yang dilaksana sebagai manifestasi menghargai kesejahteraan dan kesihatan yang amat penting diutamakan.

Program yang julung kali diadakan ini dilaksana dengan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk setempat yang telah berdaftar lebih awal melalui talian sebelum ini.

Lebih bermakna kemeriahan Hari Terbuka Klinik Rakyat KuNan ini disempurnakan dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang telah merasmikan acara tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir bersama beliau ialah isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan juga ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya. – UMNOPutrajaya