Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Teruskan Khidmat Bakti, Bantuan Dihulur Demi Keselesaan

PUTRAJAYA – Bantuan berterusan tetap dihulur oleh mantan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ketua UMNO Bahagian terbabit, apatah lagi dalam telah tertanam dalam jiwa untuk ‘Bersatu, Bersetia Berkhidmat’ demi kesejahteraan warga setempat.

Hal ini diaplikasi dengan penyeraham bantuan kerusi roda yang disampaikan melalui wakilnya iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Puan Husna Abdul Rahaman.

Puan Husna bersama AJKnya telah menyampaikan kerusi roda kepada Puan Rashidah yang baru saja menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara.(IJN). Bantuan tersebut di buat di pekarangan Klinik Rakyat Ku Nan iaitu antara cetusan idea Datuk Seri Tengku Adnan demi kelestarian warga Putarajaya.

Dalam kesempatan tersebut, Puan Husna turut menyantuni pesakit yang datang menerima rawatan di Klinik Rakyat Ku Nan. – UMNOPutrajaya