Aktiviti & Komuniti

Khidmat Van Jenazah Percuma… UMNO Putrajaya #TakBanyakAlasan Demi Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meneruskan khidmat bakti demi kesejahteraan warga tempatan.

Biarpun Tengku Adnan bukan lagi ‘ketua kampung’ atau Ahli Parlimen Putrajaya namun beliau meneruskan khidmat bakti yang telah bertahun-tahun dilaksanakan dalam usaha memastikan segala kebajikan rakyat menjadi keutamaan.

Ini termasuklah khidmat van jenazah percuma yang diberikan sebagai kemudahan kepada komuniti Putrajaya apabila mendepani musibah kehilangan anggota keluarga akibat kematian.

Sememangnya, terbukti bahawa UMNO Putrajaya #takbanyakalasan dalam usaha memastikan para penduduk sentiasa mendapat perhatian khususnya dalam keadaan yang memerlukan pertolongan dan sokongan sebagaimana pengurusan van jenazah dalam menyempurnakan urusan pengkebumian oleh waris.

Untuk itu, warga Putrajaya yang kesusahan boleh mendapatkan khidmat van jenazah tersebut secara percuma dengan menghubungi Saudara Faiz: 016-6374884 dan Saudara Wan Anuar: 012-2196127.

Semoga semua pihak mendapat manfaat daripada khidmat yang disediakan dan Allah memberkati segala ibadah ummat-Nya – UMNOPutrajaya