Aktiviti & Komuniti

Ibadah Korban Komuniti Setempat Akrabkan Ikatan Kekeluargaan

PUTRAJAYA – Ibadah Korban dapat merapatkan silaturrahim khususnya dalam komuniti yang telah sepakat dan mesra ibarat sebuah keluarga besar.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan amalan tradisi melaksanakan ibadah korban dengan menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong-royong dalam kalangan umat Islam.

Pelaksanaan ibadah tersebut diteruskan bersama komuniti MPPSZ3, P8 yang telah laksanakan Program Korban dan Kenduri sempena Hari Raya Aidiladha.
vv
Sementara hari ini, dilaksana pula program kenduri komuniti MPPSZ2 di pekarangan Surau Al-Insanniah, Presint 9.

Tahniah qariah setempat yg sepakat bersama laksanakan ibadah secara gotong royong & kerjasama dgn semangat kekeluargaan.

Program tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Tengku Adnan dan isteri, Datin Seri Angraini Sentiyaki yang meluangkan masa untuk beramah mesra dan menyantuni warga setempat di samping meraikan acara yang penuh dengan keakraban.

Semoga pelaksanaan ibadah terbabit mendapat keberkatan Allah SWT. – UMNOPutrajaya