Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Fikri Nur Izzat Mohd Hanafi
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga allahyarham Fikri Nur Izzat Mohd Hanafi yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan baru-baru ini.
Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya bersama anggota jawatankuasanya telah berkesempatan menziarahi keluarga allahyarham yang juga pelajar tingkatan empat SMK Putrajaya 11(2).
UMNO Bahagian Putrajaya turut berkongsi kesedihan dan berdukacita atas pemergian allahyarham.
Ibu dan bapa arwah juga merupakan ahli UMNO Cawangan Lavender, di sini.
Semoga ahli keluarga pelajar ini tetap sabar dan redha dengan pemergiannya dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.