UMNO Putrajaya Teruskan Tradisi Memasak Bubur Asyura, Semarak Kebersamaan Perkukuh Ukhwah
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan acara tradisi memasak bubur Asyura yang sememangnya saban tahun diaplikasi bersama-sama.
Bubur Asyura yang dikaitkan dengan kisah pada zaman Nabi Nuh AS di mana baginda memerintahkan agar baki bekalan makanan yang masih ada dikumpulkan dan dimasak untuk dimakan beramai-ramai selepas banjir besar.
Tidak kurang juga dengan kisah yang dikaitkan dengan peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW yang menyediakan makanan ketika perang Badar.
Justeru mengambil iktibar kebersamaan yang diaplikasi maka ahli-ahli UMNO Cawangan Bunga Ros dan Bunga Padi bersama Persatuan Komuniti Blok E Zon 4A bergotong-royong memasak bubur Asyura sebagai memperingati tradisi tersebut.
Turut bersama-sama memeriahkan dan menyemarakkan kesepakatan program tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim dan Naibnya, Datuk Hisamudin Yahaya.
Turut bersama ialah isteri Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Angraini Sentiyaki serta Ketua Wanita UMNO tempatan, Puan Husna Abdul Rahaman.
Semoga tradisi ini terus diangkat dalam usaha merapatkan ukhwah di samping menggalakkan melakukan kebaikan sesama insan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.