Isu Semasa

Henti Polemik Teks Hadis 40 Imam Nawawi: Bersangka Baik Dengan Usaha Kerajaan

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak perlu dipolemikkan dan diberikan persepsi terlalu negatif oleh pihak tertentu. Secara umumnya, modul berkenaan akan hanya melibatkan pelajar beragama Islam dan tidak melibatkan mereka yang bukan Muslim.

Sudah tiba masanya, kita tidak terlalu bersikap emosional dalam berhadapan dengan isu dan perkara yang bersifat ilmiah dan berasaskan tradisi hebat keilmuan Islam. Mewujudkan persepsi negatif sebegitu akan hanya mendatangkan rasa curiga dan marah umat Islam. Apatah lagi jika cadangan tersebut sejak awal lagi dicadangkan hanya untuk pelajar yang beragama Islam. Jadi, apa isu yang sebenarnya?

Langkah YB Menteri dan Kementerian Pendidikan ini tidak wajar disalah anggap, malah mahu ditakwilkan sebagai usaha yang bertentantangan dengan Perlembagaan ().

Secara peribadi, saya menganggap modul penghayatan karya Imam Nawawi ini langkah yang wajar dan baik. Tidak ada salah dan canggungnya, sebuah koleksi hadith yang memberikan banyak penekanan soal islam, ihsan, iman, semangat persaudaraan dan pelbagai lagi nilai baik mahu ditolak sebegitu. Apatah lagi mahu dimomokkan sebagai wahana program yang tidak menuruti asas Perlembagaan.

Saya ingin meletakkan senario; bahawa ketakutan dan sikap , sebahagian kecil rakyat Malaysia kepada teks semurni dan setulus Imam Nawawi ini akan membenarkan naratif Islam yang kasar dan ekstrem; menerajui dialog perbahasan harian kita. Respon keras dan biadab akan hanya menjemput respon balas yang sama.

Malaysia sudah perlu menjadi negara yang lebih matang dan tidak lagi bersangka buruk dengan nawaitu Kerajaan. Ketakutan melampau kepada perkara yang mempunyai niat mendidik yang baik bukan hala arah baru yang kita mahukan.

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican
ADUN Bertam / Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas

26 Ogos 2023 | 9 Safar 1445H