Majlis Santai Sambutan Hari Lahir Ibu-ibu, Hargai Nilai Kasih Sayang Bersama
PUTRAJAYA – Peranan bu dalam keluarga dan fungsi seorang ibu adalah sebagai ‘tiang rumah tangga’ yang amatlah penting bagi mewujudkan keluarga yang ‘Sakinah Mawaddah’ iaitu keluarga yang sihat dan sejahtera.
Dalam hal ini, UMNO Bahagian Putrajaya menyemarakkan ingatan atas kasih sayang dan penghargaan kepada golongan ibu dengan mengaplikasi Majlis Santai Sambutan Hari Lahir Ibu-ibu yang diadakan do Blok 2E, Presint 9, hari ini.
Program yang dilaksana dalam semangat kekeluargaan ini adalah antara inisiatif bagi mengekalkan ukhwah serta jalinan silaturrahim dalam masyarakat khususnya sesama jiran tetangga dengan memupuk kasih sayang berterusan.
Turut serta memeriahkan program tersebut ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya yang bersama-sama dalam menyokong usaha sedemikian.
“Mereka juga mampu mengekalkan ukhwah sesama jiran dengan baik dan dalam masa yang sama turut menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang.
“Semangat inilah yang saya lihat semasa menghadiri Majlis Santai Sambutan Hari Lahir Ibu-ibu Blok 2E, Presint 9, hari ini,” katanya yang turut menyampaikan salam dari Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Semoga dengan usaha yang dilaksana akan memberikan keberkatan kepada warga Putrajaya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.