Aktiviti & Komuniti

Demi Kemenangan Calon BN, UMNO Putrajaya Bersama Dalam Kempen PRK DUN Pelangai

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya bersama-sama menyemarakkan sokongan kepada calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam.

Sokongan tidak berbelah bahagia ahli-ahli UMNO termasuklah UMNO Bahagian Putrajaya diterjemah dengan kebersamaan hadir mengiringi calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, sempena hari penamaan calon pagi ini.

Datuk Amizar Abu Adam, 50, yang merupakan anak jati Felda Chemomoi dalam DUN Pelangai merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong yang tampil bagi mempertahankan kubu kuat parti itu.

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandangnyaDatuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, bulan lalu.

PRK Pelangai akan berlangsung pada 7 Oktober ini.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon PH- 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon Pejuang -65 undi). – UMNOPutrajaya