Aktiviti & Komuniti

Gotong-royong Masak Bubur Meriahkan Lagi Karnival Komuniti dan Pesta Sukan Air Putrajaya 2023

PUTRAJAYA –Karnival Komuniti dan Pesta Sukan Air Putrajaya 2023 dimeriahkan lagi dengan aktiviti bergotong-royong memasak bubur cha cha dan bubur kacang yang dibuat khusus untuk diagihkan kepada para pengunjung.

Aktiviti ini dilaksanakan secara bersama oleh komuniti dari Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 1, 3 dan 5 yang diaplikasi dengan semangat kekeluargaan dengan ikatan silaturrahim yang kukuh.

Majlis Perasmian Karnival Komuniti dan Pesta Sukan Air Putrajaya 2023 ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Fadlun selaku Presiden Perbadanan Putrajaya.

Pelbagai acara telah diadakan menerusi karnival tersebut termasuklah jualan food truck, aktiviti perahu panjang dan sukan sepak takraw selain penyampaian hadiah dalam kempen menghias Jalur Gemilang bagi kategori MPP Sub Zon sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 66. – UMNOPutrajaya