UMNO Putrajaya Bersemarak Sambut Kedatangan Presiden Parti
PUTRAJAYA – Dewan Kejiranan Kompleks Presint 8, Putrajaya hari ini dibanjiri dengan semangat membara sebagaimana warna merah yang menyambut kedatangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke sini.
Ahli-ahli UMNO Bahagian Putrajaya termasuklah barisan kepimpinan UMNO tempatan yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuktikan semangat dan kesungguhan dalam meneruskan perjuangan UMNO tidak pernah pudar apabila dewan terbabit dipenuhi gelombang merah anggota parti di sini.
Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ini adalah bagi menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya hari ini.
Inilah julung kali kehadiran kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sejak Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Semoga dengan perjumpaan dan amanat yang telah diberikan, semangat anggota UMNO Bahagian Putrajaya terus bersemarak bagi memantapkan perjuangan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.