Aktiviti & Komuniti

Tak Banyak Alasan… UMNO Putrajaya Sumbang Kerusi Roda Untuk Mangsa Kemalangan

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya membuktikan parti terbabit tak banyak alasan dalam melaksanakan khidmat demi kesejahteraan dan kebajikan warga setempat.

Hal ini direalisasikan oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammad Hafiz yang menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada suami Puan Siti Aishah Zakaria yang telah ditimpa kemalangan di Presint 5 sebelum ini.

Semoga sumbangan yang dilakukan akan dapat meringankan beban dan memudahkan pergerakan serta membantu melancarkan urusan harian. – UMNOPutrajaya