Aktiviti & Komuniti

UMNO Terus Bersama Rakyat, Bukti Tak Banyak Alasan

PUTRAJAYA – UMNO Putrajaya membuktikan tidak banyak alasan dalam melaksanakan gerak kerja bagi membantu rakyat dalam apa-apa juga keadaan.

Hal ini direalisasikan melalui pelaksanaan Program MPP SZ3 yang diterjemah dengan inisiatif komuniti setempat di samping penyampaian sumbangan untuk asnaf dan khairat komuniti Presint 8, di sini, hari ini.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan diiringan Timbalannya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim.

Menerusi program tersebut, masyarakat dalam membeli barangan keperluan dengan harga rendah khususnya barangan basah seperti ayam dan daging.

Sememangnya UMNO Bahagian Putrajaya yang diterajui Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa bersama masyarakat setempat biarpun bukan lagi bergelar Ahli Parlimen dan tidak berjawatan sebagai menteri sekalipun. Apa yang pasti UMNO #TakBanyakAlasan. – UMNOPutrajaya