Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Terus Komited, Bersama Semarakkan UMNO Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Putrajaya terus komited dalam usaha menyemarakkan perjuangan parti dan terus sepakat bersama UMNO Wilayah Persekutuan.

Dalam hal ini, perbincangan dalam memperkukuh parti dibuat sebagaimana Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dilaksanakan hari ini dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Ghani.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim telah mewakili Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk hadir dalam mesyuarat terbabit.

Pelbagai isu semasa termasuk hal-hal perkembangan politik telah dibincangkan lantas pelbagai usaha juga bakal dilaksana.

Dalam masa yang sama, ucapan tahniah dizahirkan kepada Datuk Rizalman Mokhtar selaku Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak merangkap Setiausaha Perhubungan Negeri atas pelantikan sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Johari yang menjawat Menteri Perladangan dan Komoditi. – UMNOPutrajaya