Berita

Selamat Tahun Baharu 2024, Perkukuh Tekad Semarakkan Perjuangan

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan selamat Tahun Baharu 2024 dan menyeru ahli-ahli UMNO untuk bersama terus memperkukuh tekad dan memperkasa perjuangan parti.

Katanya, hari ini situasi politik amat berbeza dengan keadaan lebih tujuh dasawarsa sebelum penubuhan UMNO namun kesinambungan perjuangan parti tidak boleh dilupakan.

“Alhamdulillah, tahun 2023 telah melabuhkan tirainya dan hari ini kita berada di tahun baharu 2024. Pelabagi suka duka telah kita lalui dana pa yang pasti kebersamaan kita dalam memupuk kesatuan dan kesepaduan demia agama, bangsa dan negara perlu diteruskan,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar negara terus dilimpahi nikmat dan keberkatan serta rakyat terhindar dari sebarang kemudaratan. – UMNOPutrajaya