ADAKAH MP UMNO TERLIBAT?
Beberaoa nama MP Umno dikaitkan dengan Langkah Dubai. Umno tidak terlepas dari gangguan “scammer” politik. Umno ingin dikucar kacirkan.
Tetapi kalau ada MP Umno terlibat, mereka buat kerja sia sia. Dr Asyraf mengingatkan, perlembagaan parti telah dipinda pada 13 Januari 2023
Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO sebut, keahlian seorang MP Umno akan gugur secara automatik jika dia menyertai pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO.
Dan Akta Anti Lompat Parti terpakai pada dirinya. Kerusi dimenanginya diisytiharkan kosong dan PRK akan diadakan. Mereka diikat dengan SD (akujanji) iaitu wajib bayar RM100 juta.
Pisang tidak boleh berbuah dua kali. Cukuplah pengalaman pahit 10 MP BN sign SD lain selepas PRU ke 15. Duri dalam daging mesti dihukum berat.
DR PUAD ZARKASHI