Aktiviti & Komuniti

Tak Banyak Alasan Teruskan Tradisi, UMNO Putrajaya Sambut Ulang Tahun Kelahiran Beramai-ramai

PUTRAJAYA – Tak banyak alasan, demikian direalitikan oleh UMNO Bahagian Putrajaya yang terus menyemarakkan tradisi sambutan ulang tahun beramai-ramai sebagaimana acapkali diaplikasi oleh ketua bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam hal tersebut, Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Pengerusi Biro Kebajikan terbabit, Puan Husna Abdul Rahaman telah menyantuni ahli-ahlu UMNO Cawangan Putra Harmoni di samping meraikan ulang tahun kelahiran mereka pada bulan Januari.

Semoga jalinan silaturrahim dan semangat kekeluargaan yang diterapkan akan terus menyemarakkan kesejahteraan dengan tekad bersama teruskan perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara. – UMNOPutrajaya