Berita

Majlis Restu Ilmu Santuni Calon-calon SPM Putrajaya

PUTRAJAYA – Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek atas kesudian merasmikan Majlis Restu Ilmu bagi menyantuni calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Dalam majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9(2) itu, beliau turut menyerahkan keperluan berupa alat tulis yang merupakan inisiatif Biro Pendidikan bahagian sebagai memberi sokongan kepada calon-calon menghadapi peperiksaan perdana tersebut.

Bermula pukul 8 pagi kami telah mula mengedarkan alat tulis tersebut di SMK Presint 5 (1), SMK Presint 18 (1) dan seterusnya ke SMK Presint 9 (2).

Semoga sumbangan ini dapat menyuntik semangat calon-calon untuk melakukan yang terbaik dan berusaha sehabis mungkin demi memperoleh keputusan cemerlang.

Majlis turut dihadiri Pengerusi MPP Putrajaya merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim; Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Ezaiddin Hussin, Pengetua SMK Putrajaya Presint 9 (2) Puan Mazira Mohd Zain dan Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Rozaan Mat Isa. – UMNOPutrajaya