Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Bersama Dalam Majlis Tahlil Untuk Arwah Tun Abdul Razak

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama kepimpinan bahagian dan penduduk tempatan dalam majlis tahlil untuk arwah Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein.

Majlis tersebut telah dilaksanakan di Masjid Mahmoodiah Presint 18, Putrajaya, malam tadi.

Dalam kesempatan ini, Tengku Adnan merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang hadir dan sama-sama menjayakan majlis tersebut.

“Terima kasih pengerusi masjid Tan Sri Osman, Pengerusi Biro Agama UMNO Putrajaya Saudara Khairi, AJK dan ahli-ahli UMNO Putrajaya serta para qariah yang dapat hadirkan diri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ibadah kita diberkati Ilahi. Amin,” katanya. – UMNOPutrajaya