Aktiviti & Komuniti

Wanita UMNO Sedia Perkemas Gerak Kerja, Terus Semarakkan Parti

PUTRAJAYA – Wanita UMNO Bahagian Putrajaya bertekad untuk meneruskan khidmat bakti dan terus menganggkat perjuangan parti dengan usaha memperkemas gerak kerja pada tahun baharu 2024.

Ketuanya, Puan Husna Abdul Rahaman yang telah mempengerusikan mesyuarat sesi pertama bagi tahun ini memaklumkan demikian dalam perbincangan bersama anggota jawatankuasanya.

Mesyuarat tersebut telah berlangsung lancar dengan semangat ukhwah dan jalinan kekeluargaan apabila AJK yang hadir sama-sama memberikan pendapat dan menyokong gerak kerja yang akan dilaksana.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini. – UMNOPutrajaya