Aktiviti & Komuniti

Penyampaian Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Putrajaya

PUTRAJAYA – Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek yang sanggup turun padang menyampaikan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Putrajaya.

Pengerusi biro terbabit, Datuk Hisamudin Yahaya berkata UMNO Putrajaya amat menghargai ruang waktu yang ada kerana memahami dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki sebagai menteri, beliau sanggup ke Sekolah Kebangsaan Presint 8 (2) pada hari ini untuk menyerahkan sumbangan BAP kepada semua Pengetua, Guru Besar dan Pengerusi PIBG Sekolah-sekolah di Putrajaya.

“Jelas terpancar wajah ceria murid-murid yang tersenyum gembira menerima wang BAP dalam majlis penyerahan yang berlangsung tadi.”

Dilaporkan, terdapat 27 buah sekolah dalam Parlimen Putrajaya iaitu 11 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah.

Majlis hari ini turut dihadiri Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tuan Azman bin Haji Adnan, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin (TKPPM), Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Tuan Haji Ezaiddin Hussain. – UMNOPutrajaya