Terima Kasih PPJ, Gazebo Indahkan Landskap Untuk Komuniti Putrajaya
PUTRAJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang sentiasa cakna untuk keselesaan masyarakat setempat.
Beliau berkata, pemberian gazebo yang diletakkan di persekitaran komuniti masyarakat setempat melibatkan semua MPPWP Putrajaya amat dihargai.
Terdahulu sumbangan gazebo telah diletakkan di Sub Zon 5 dan Sub Zon 6 serta yang terakhir di KK3 Putra Harmoni.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya. Gazebo terakhir telah pun di terima oleh MPPWP Zon Putrajaya 2023/2024 dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai. Semoga ianya akan dapat digunakan dengan sebaiknya oleh komuniti setempat,” katanya.
Jelas beliau, sememangnya usaha bagi memastikan keselesaan dan suasana ceria kepada masyarakat tidak pernah terhenti malah dilaksana tanpa banyak alasan. – UMNOPutrajaya