Pembangkang: Masuk Telinga Kiri Keluar Telinga Kanan
Memang teruk peel pembangkang. Amat biadap keluar Dewan ketika PMX baru mula ucapan menjunjung kasih kepada YDP Agong ke 16.
Pembangkang macam tidak boleh dinasihati. Titah perasmian YDP Agong Tuanku Sultan Ibrahim cukup jelas. Tidak masuk akal penggubal undang undang tidak ikut peraturan
Ucapan menjunjung kasih pun jadi kecoh. Apakah Kerajaan langgar peraturan? Kerajaan bawa usul guna peraturan 14(2). Ia diundi.
Masalahnya pembangkang masih dengan budaya lapuk. Terjerit jerit, kata kata kesat, mencelah tidak ikut peraturan dianggap hero dan berprestasi tinggi.
Elok Speaker semak balik peraturan mesyuarat 44(2). Apakah ahli yang digantung boleh ditarik balik segala kemudahan mereka dalam tempoh penggantungan itu.
Gobind Singh Deo (Puchong) dan Fong Po Kuan (Batu Gajah) pernah digantung lama dan hilang segala kemudahan ahli parlimen mereka.
Gobind dapat balik gaji dia atas perintah Mahkamah Persekutuan. Elok peraturan ini dikaji semula. Jangan bazir duit pembayar cukai. Hadir Parlimen hanya buat kecoh.
Dr Puad Zarkashi