Berita

Jom Gunting Rambut Percuma Sabtu Ini, #TakBanyakAlasan Demi Manfaatkan Anak Kita

PUTRAJAYA – Orang ramai khususnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal kembali ke sekolah dipelawa untuk bersama-sama memanfaatkan program ‘Jom Gunting Rambut Percuma’, Sabtu ini.

Program ini adalah sebagai menyokong persediaan ibu bapa dan membantu mengurangkan beban mereka untuk anak-anak yang bakal kembali ke sekolah pada penggal baharu bermula 11 Mac depan.

Program tersebut akan dilaksana bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang bertempat di Sekolah Menengah Presint 9 (1), di sini.

Ia adalah anjuran bersama Biro Pendidikan UMNO Putrajaya bersama GiatMARA.

Sememangnya program sedemikian adalah antara usaha yang diteruskan oleh UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sekalipun sudah tidak bergelar wakil rakyat kerana terbukti UMNO Putrajaya tak banyak alasan. – UMNOPutrajaya