Berita

#TakBanyakAlasan: UMNO Putrajaya Teruskan Tradisi Program Back To School

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meneruskan tradisi tahunan apabila menjelangnya musim baharu persekolahan.

Hal ini dilaksana dengan meraikan anak-anak yang bakal memulakan persekolahan dengan program gunting rambut percuma yang menjadi sebahagian daripada pelaksanaan Back To School.

Hal ini diaplikasi bukan sahaja untuk membantu golongan ibu bapa yang kesuntukan masa bagi menguruskan anak-anak untuk di hantar ke kedai gunting rambut tetapi juga bagi memastikan anak-anak dapat tampil kemas dan berwajah ceria pada hari pertama persekolahan bermula kelak.

Program yang dilaksana secara kerjasama di bawah Biro Pendidikan UMNO Putrajaya dengan GiatMARA tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Presint 9 (1), di sini bermula pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semoga usaha yang dilaksanakan akan dapat terus menyemarakkan usaha meringankan beban ibu bapa dan menceriakan anak-anak Putrajaya untuk kembali ke sekolah. – UMNOPutrajaya