Aktiviti & Komuniti

Demi Perjuangan… UMNO Putrajaya Perhalusi Gerak Kerja Demi Agama, Bangsa Dan Negara

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus istiqamah dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara dengan manifestasi untuk melaksanakan gerak kerja untuk rakyat.

Hal tersebut dibincangkan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan kehadiran para ahli jawatankuasa di pejabatnya, malam ini.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan juga memaklumkan berkaitan situasi politik semasa termasuk perkembangan isu-isu dan kepentingan untuk parti terus berdamping bersama rakyat.

Apa yang pasti, biarpun tidak lagi menjadi wakil rakyat tempatan dan UMNO tidak mendapat tempat di Parlimen Putrajaya, namun usaha untuk kembali memantap dan memperkukuh parti tidak pernah henti malah dilaksana secara berterusan.

Sememangnya kata-kata ‘UMNO Tak Banyak Alasan’ amat sinonim dengan perkembangan di Putrajaya lantaran usaah tanpa henti dan gerak kerja melibatkan semua peringkat terus digerakkan berbanding dengan wakil rakyat Putrajaya yang kini ibarat ‘hilang dari radar’ lantaran komuniti setempat masih terus berharap apa-apa bantuan dari UMNO. – UMNOPutrajaya