Berita

Teruskan Tradisi Ramadan: UMNO Putrajaya Laksana Program Sumbangan Ihya Ramadan

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya sememangnya terbukti tak banyak alasan dalam melaksanakan apa-apa gerak kerja dan menjayakan program termasuklah mengimarahkan kedatangan bulan Ramadan.

Hal ini diaplikasi melalui penerusan acara tradisi UMNO Bahagian Putrajaya melalui Program Sumbangan Ihya Ramadan iaitu agihan barangan kepada semua surau-surau yang ada di Putrajaya bagi digunakan dalam bulan Ramadan oleh para qariah di kawasan masing-masing.

Dalam program yang berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, di sini, sebanyak 73 buah surau telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam kesempatan terbabit, beliau merakamkan penghargaan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengerusi Biro Agama UMNO Putrajaya, anggota biro-boro bahagian terbabit termasuk ahli jawatankuasa parti yang telah bertungkus-lumus melaksanakan usaha bagi menjayakan pelaksanaan Program Ihya Ramadan menjadi realiti.

Beliau juga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua masyarakat setempat.

Semoga dengan sumbangan yang diberi dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat dan sama-sama meningkatkan ibadan dalam bulan Ramadan. – UMNOPutrajaya