Cakna Keperluan Rakyat, UMNO Putrajaya Hulur Bantuan Persekolahan Untuk Anak Mangsa Kebakaran
PUTRAJAYA – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Demikianlah diibaratkan kepada Saudara Zul Izmal Mohd Bakir yang ditimpa musibah apabila rumahnya terbakar di PPAM Selasih dalam kejadian baru-baru ini.
Atas kesedaran dalam kesusahan yang dihadapi, UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Biro Pendidkan Perpaduan Putarajaya yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Hisamudin Yahaya telah mengadakan kunjungan dan menyantuni keberadaan keluarga Saudara Zul Izmal.
Ditambah lagi apabila musim persekolahan baharu akan bermula maka anak-anak Zul Izmal perlukan perhatian iaitu kelima-lima anaknya yang berusia antara tiga hingga 16 tahun bakal memasuki tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sehubungan itu, Hisamuddin dengan ditemani guru SMK Presint 8 /1 telah membawa anak-anak mangsa kebakaran ini ke Alamanda untuk membeli kelengkapan sekolah yang baru.
Semoga keluarga ini tabah dan yang penting anak-anaknya dapat kembali semula kesekolah bersama rakan-rakan lain dengan penuh semangat. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.