Tradisi UMNO Putrajaya Imarahkan Ramadan… Serunding KuNan Untuk Juadah Berbuka
PUTRAJAYA – Keindahan Ramadan sebagai bulan yang penuh barakah diimarahkan dengan acara tradisi UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, UMNO Bahagaian Putrajaya menyampaikan agihan serunding yang lebih dikenali sebagai ‘Serunding KuNan’ terus ke pintu-pintu rumah warga tempatan.
Kata Tengku Adnan, tidak menjadi wakil rakyat atau ahli Parlimen dan tidak bergelar menteri sekalipun bukanlah alasan untuk beliau terus menyantuni para penduduk malah agihan serunding adalah tanda kesyukuran untuk sama-sama berkongsi rezeki dalam bulan Ramadan.
Lebih bermakna apabila agihan serunding yang dilaksanakan secara berkala mengikut kawasan masing-masing ini digerakkan penyerahannya secara bersama-sama yang dilaksana oleh anggota UMNO tempatan sendiri.
Justeru, Tengku Adnan melahirkan pengharaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong usaha untuk kemaslahatan rakyat.
“Saya meneruskan tradisi yang saban tahun dilaksana dengan agihan serunding kepada warga Putrajaya.
“Terima kasih kepada ahli jawatankuasa UMNO Putrajaya, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian yang menjadi tenaga penggerak melancarkan pemberian ini menyantuni komuniti setempat. Alhamdulillah.
“Moga serunding diberi dapat menjadi juadah di meja apabila berbuka puasa moga kita sama-sama dapat meningkatkan ibadah kita kepada Allah SWT, insya-Allah,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.