Berita

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Sambut Dengan Penuh Keinsafan – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga tempatan.

“Saya dan isteri, anak-anak serta keluarga saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk saudara-mara saya adik-beradik saya, rakan taulan saya dan warga Putrajaya.

“Selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin. Saya juga mendoakan supaya adik-adik saya, anak-anak saya dan keluarga saya di Putrajaya akan menyambut hari raya ini dengan penuh kesabaran, penuh keinsafan dan juga mencapai apa yang telah diharapkan pada waktu bulan Ramadan yang lepas,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berpesan kepada mereka yang bakal pulang ke kampung halaman agar berhati-hati.

“Saya juga nak menasihatkan kepada warga Putrajaya yang nak balik kampung, tolong pastikan kalau ada jiran di sebelah rumah maklumkan kepada mereka yang anda akan balik kampung, kalau tiada jiran pastikan elektrik di padam, air ditutup dan segala gas di padam untuk menjaga keselamatan.

“Bila nak balik kampung tu kalau membawa kenderaan sendiri berhati-hati di jalan raya, biar kita sampai ke destinasi yang kita tujui dengan selamat supaya kita dapat bertemu dengan sanak saudara kita ataupun ibu bapa kita.

“Jadi sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya