Isu Semasa

Pengesahan Titah Adendum Satu Berita Baik, Melainkan Ada Niat Lain

Pengesahan YAB Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan kewujudan titah adendum (tambahan) agar DS Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah adalah satu berita baik dan amat positif.

Beliau juga menegaskan bahawa titah adendum tersebut turut dilihat dan dalam pengetahuan anggota kerajaan yang lain seperti YM Tengku Zafrul (Menteri MITI) dan DS Wan Rosdy (Menteri Besar Pahang).

Sehubungan dengan itu, merujuk kenyataan Peguam Tan Sri Muhammad Shafee pada 17 April, bagi memastikan titah adendum itu dapat dilaksanakan, mahkamah memerlukan identiti “saksi kritikal” yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan DS Najib antaranya ;

-Menteri Dalam Negeri,
-Komisioner Jeneral Penjara,
-Peguam Negara,
-Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,
-Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),
-Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan
-Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Melihat kepada senarai tersebut, terdapat dua menteri kabinet yang sepatutnya, tahu dan maklum seperti apa yang telah dinyatakan oleh YAB Presiden.

Oleh demikian tidak sepatutnya menjadi isu atau keraguan bagi mereka untuk memperakuinya seperti diperlukan.

Melainkan ada niat yang lain.

Saya mohon untuk pihak yang bertanggungjawab untuk menjawab kepada persoalan ini

Dr Akmal Saleh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.