Aktiviti & Komuniti

Kebersamaan Untuk Semua Peringkat… Tak Banyak Alasan Rasmikan Kejohanan Merentas Desa Sekolah

PUTRAJAYA – Kebersamaan kepimpinan UMNO untuk menyantuni masyarakat melibatkan pelbagai peringkat usia termasuklah kanak-kanak yang menjadi pewaris kepada masa hadapan negara.

Pagi ini, Ahli Dewan Negara merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya telah memenuhi jemputan untuk merasmikan Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 15(1) Tahun 2024.

Aktiviti tersebut adalah sebagai memenuhi takwim sekolah bagi mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan di samping bertujuan membina kecergasan mental dan fizikal para murid melalui aktiviti sukan lantas membentuk individu yang cergas.

“Saya turut berpeluang mencuba sukan memanah yang merupakan salah satu aktiviti di sekolah dan menyertai senamrobik sebelum acara merentas desa bermula,” katanya yang merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas kesempatan yang diberi untuk bersama-sama para pelajar.

Ujar Datuk Hisamudin, cuaca yang baik membolehkan anak-anak berlari dalam keadaan lebih selesa.

“Yang penting mereka seronok dalam melakukan aktiviti menyihatkan selain dapat mempelbagaikan pengalaman mereka di sekolah,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.