Aktiviti & Komuniti

Bersama Semarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perpaduan

PUTRAJAYA – Senator Dewan Negara merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya telah meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri Perpaduan anjuran Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2) bersama hampir 1,700 murid dan para guru, hari ini.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama para pelajar di sini.

“Seronok sungguh mereka beraya di sekolah bersama rakan-rakan dengan baju raya berwarna warna dan gaya tersendiri.

“Tak sangka saya rupa-rupanya guru-guru di sini berbakat dalam nyanyian, kami dihiburkan dengan alunan lagu raya yang menghiburkan.

“Terima kasih Guru Besar, Puan Zamzuriah Md Desa atas kesudian menjemput saya ke majlis ini,” katanya yang sempat menyantuni anak-anak di sini dalam sajian juadah yang disediakan. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.