Berita

Tengku Adnan Ucap Selamat Hari Pekerja Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hal ini beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan melahirkan penghargaan kepada pekerja yang gigih membangunkan negara.

“Terima kasih diucapkan kepada seluruh pekerja di negara ini yang sentiasa gigih dan sama-sama berusaha bagi membangunkan negara. Marilah kita teruskan tekad untuk meningkat produktiviti dan potensi dalam kerjaya masing-masing.

Dilaporkan, Hari Pekerja atau lazimnya dipanggil Hari Buruh disambut pada 1 Mei diseluruh dunia pada. Hari tersebut juga dipanggil sebagai Hari Pekerja Antarabangsa yang merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi kesatuan pekerja. – UMNOPutrajaya