Aktiviti & Komuniti

Semarakkan Silaturrahim, Tautan Kasih Aidilfitri Tabika Dan Taska KEMAS Meriah

PUTRAJAYA – Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Tabika Dan Taska KEMAS Parlimen Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis di sini.

Majlis yang berlangsung sederhana namun meriah diserikan dengan kehadiran Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman yang mewakili Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapannya beliau menzahirkan penghargaan dan berterima kasih atas jemputan dan keraian yang dilaksana.

Ini kerana katanya, selain tanda kesyukuran atas Syawal yang merupakan hari kemenangan, majlis sedemikian juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan memperkukuh perpaduan.

Majlis tersebut mengumpulkan warga KEMAS dan YBhg Datuk Ahmad Kamal Idris selaku Ketua Pengarah KEMAS Malaysia yang terjalin akan kekal berterusan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim. – UMNOPutrajaya