Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat UMNO Cawangan Bunga Matahari Lancar, Tekad Terus Perkukuh UMNO

PUTRAJAYA – UMNO Cawangan Bunga Matahari telah melaksanakan persidangannya dengan disempurnakan oleh Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Bendahari UMNO Malaysia.

Persidangan terbabit telah berlangsung lancar yang dihadiri ahli jawatankuasa cawangannya bersama-sama ahli cawangan terbabit di kediaman beliau, semalam.

Langkah tersebut dilaksana bukan hanya sebagai mematuhi agenda yang telah digariskan oleh parti malah huga sebagai tanggungjawab bagi memastikan UMNO terus mantap dan bersemarak perjuangannya.

Persidangan cawangan UMNO bermula 22 April lalu – hingga 2 Jun manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian berlangsung pada 21 Jun hingga 29 Julai diikuti Perhimpunan Agung UMNO 2024 dari 21 hingga 24 Ogos depan. – UMNOPutrajaya