Aktiviti & Komuniti

Biro Pendidikan Zahir Penghargaan, Santuni 2,501 Penjawat Sempena Hari Guru

PUTRAJAYA – Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya menzahirkan rasa syukur kerana telah selesai dalam menyantuni guru-guru bersempena Hari Guru 2024.

Pengerusi biro terbabit, Senator Datuk Hisamudin Yahaya berkata sebanyak 2,501 cenderahati telah diserahkan kepada guru-guru yang berkhidmat di sini.

“Syukur alhamdulilah Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya sudah selesai menyerahkan cenderahati kepada 2,501 orang guru yang berkhidmat di Putrajaya menerusi program yang sudah bermula sejak semalam.

“Kepada guru-guru yang tidak sempat saya temui disebabkan oleh terikat dengan tugasan hakiki dalam bilik darjah, tugasan luar dan berkursus boleh mengambil cenderahati mereka di pejabat pentadbiran di sekolah masing-masing.

“Terima kasih kepada semua guru yang sudi menyambut kedatangan kami dengan senyuman yang sentiasa terukir di wajah dan melayani kami dengan penuh mesra, Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya amat menghargai jasa baik kalian,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Putrajaya, di sini.

“Jutaan penghargaaan kami titipkan kepada Jabatan Pendidikan Putrajaya atas kerjasama yang diberikan, untuk makluman Biro Pendidikan telah mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan pihak jabatan.”

Dilaporkan, Ahli Jawatankuasa Biro sudah selesai menyerahkan cenderahati di SKPP 9 (1), SMK Presint 8/1, SKP Presint 8/1, SKP Presint 8/2, SKP Presint 8/3, SKP Presint 16/1, SMKP Presint 16/1, SKP Presint 16/2, Sekolah Alam Shah dan SMKP Presint 14/1.

Turut dikunjungi ialah di SMKP Presint 5/1, SKP Presint 5/1, SMKP Presint 18/1, SKP Presint 15/1, SKP Presint 18/1, SKP Presint 18/2, SKP Presint 17/1 dan SKP Presint 14/1. – UMNOPutrajaya