Berita

Salam Aidiladha… Hayati Erti Pengorbanan Perkukuh Tekad Tingkatkan Ketakwaan – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga tempatan.

Dalam kesempatan tersebut, beliau mengajak semua umat Islam untuk sama-sama menghayati erti pengorbanan dan memperkukuh tekad bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

“Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Moga kita sama-sama menghayati erti pengorbanan & terus memperkukuh tekad meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, pengumuman rasmi memaklumkan umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha pada Isnin, 17 Jun.

Sementara itu bagi jemaah haji di seluruh dunia, sambutan Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 16 Jun (Ahad) manakala mula berwukuf di Arafah pada 15 Jun sebagaimana dimaklumkan kerajaan Arab Saudi. – UMNOPutrajaya