Diesel 3.35 – Adakah Subsidi Tongkat Rakyat???
Sudah lebih 30 tahun rakyat menikmati pelbagai subsidi yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini (kerajaan BN-UMNO) dalam usaha mengimbangi kos sara hidup vs pendapatan isi rumah rakyat. Bahan api, keperluan dapur, eletrik, rawatan hospital, pendidikan, pengangkutan dan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan ada bantuan subsidi di peruntukkan.
Cuma majoriti rakyat sudah terlupa bahawasanya subsidi bukannya sesuatu yang kekal perlu dinikmati oleh segenap lapisan rakyat. Golongan Kaya, miskin, orang muda, tua, yang pandai, yang bebal, yang kuat, yang lemah semua dapat nikmati tanpa ada sekatan dalam bentuk subsidi “blanket benefit”, tetapi perlu diingat dlm dasar “blanket benefit” ini hanya 3 golongan yang betul2 nikmati subsidi ini iaitu golongan yang kaya, yang kuat dan yang pandai. Siapa majoriti 3 golongan ini??? Faham-faham sendiri lah.
Dulu ada pemimpin kata rakyat perlukan “tongkat” tetapi 3 golongan yang saya sebutkan diatas juga mendapat “tongkat” untuk menjadi lebih kuat, lebih kaya dan lebih pandai. Membedal subsidi ketahap maksimum, rakyat marhein cuma hanya mendapat nikmat tempias.
Cuma yang lawaknya bila subsidi diesel dialihkan kepada pendekatan lain yang menjerit dan “tantrum” adalah rakyat marhein yang hanya mendapat nikmat tempias seperti mempertahankan keistimewaan yang dinikmati 3 golongan yang saya sebut tadi. Hairan 3 golongan ini hanya diam membisu kerana kerja-kerja membalun kerajaan ini dibiarkan kepada rakyat marhein. Mereka menjadikan rakyat marhein ayam sabung mereka. Bijakkan.
Akhir kata, Hari ini saya menulis, hanya sebagai peringatan sesama kita, kadang-kadang kita tidak perasan apa yang sama-sama kita perjuangkan bukan demi untuk diri atau bangsa kita sendiri. Kita “berperang” tetapi orang lain yang mengaut hasilnya. Yang mengaut itu 3 golongan yang saya sebutkan tadi. Oleh itu kita kena pandai dan bijak menilai untuk sesuatu perjuangan. Siapa yang menongkat dan siapa yang ditongkat??. Wallahullam.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP