Aktiviti & Komuniti

Pertandingan Jom Memasak Bersama Rasa Suri Semarakkan Putrajaya

PUTRAJAYA – Senator Dewan Negara merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya telah merasmikan Pertandingan Jom Memasak Bersama Rasa Suri anjuran syarikat pengeluar produk pes berkualiti tinggi itu di Dewan Komuniti Presint 18, Putrajaya, semalam.

Beliau melahirkan rasa bangga dengan upayaan dan kesungguhan masyarakat setempat yang merealisasikan program anjuran hasil kerjasama Puteri UMNO Bunga Matahari, UMNO Cawangan Bunga Kemuning, Puteri UMNO Putrajaya dan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya.

Turut hadir di majlis ini Puan Husna Abdul Rahman selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian, serta Puan Sheera Naib Ketua Puteri Bahagian.

Antara pengisian program ialah pertandingan memasak, pertandingan mewarna,pertandingan sukan rakyat, Pertandingan Congkak dan pertandingan pakaian tradisional.

“Manfaat daripada program ini dapat menggalakkan perkongsian resipi, meningkatkan kemahiran memasak dalam kalangan Wanita dan Puteri UMNO serta membina komuniti mesra saling menyokong antara satu sama lain.

“Selain memperkenalkan produk-produk Rasa Suri ia juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak melalui pertandingan busana tradisional,” katanya.

Bagi memeriahkan majlis tersebut, acara sukan rakyat turut diadakan dan ia terbuka kepada orang ramai.

Pada penghujung majlis beliau telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan pemenang saguhati dalam semua pertandingan yang diadakan.

“Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program tersebut dan sabas kepada pihak penganjur,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya