Persefahaman UMNO-Dap
Kemenangan besar BN di Mahkota mematangkan lagi kerjasama BN-PH. Slogan “No DAP” tidak lagi laku. Ia hanya alasan syok sendiri bagi yang mahu melompat parti atau tidak ada masa depan dalam UMNO.
Persafahaman UMNO-DAP adalah kunci kelangsungan Kerajaan Perpaduan. Mahkota adalah formula terbaik. Beza pendapat seperti dalam isu halal tidak jejas kemenangan. Tidak ada boikot. DAP jelas komited berkempen.
Lebih baik persafahaman BN-DAP berlangsung bukan atas hipokrasi. Tidak salah berbeza pandangan tapi “wisdom menyelesaikannya. Sikap terbuka pemimpin generasi baru DAP dan kematangan pemimpin UMNO membuka lanskap baru politik negara.
Mahkota membimbing kerjasama BN-PH yang lebih serius. Biarkan PN terjun dengan labu labunya. Tunggu sahaja musibah kekalahan teruk PN khususnya kepada Bersatu.
Apakah akan berlaku perang dalaman seperti bila Bersatu kalah teruk di Tanjung Piai? Kita tunggu jika Azmin akan melakukan langkah Sheraton 2.0. Kali ini DAP bukan lagi alasan. Mesti ada “kambing hitam” baru.
Dr Mohd Puad Zarkashi