Berita

Agih Bakul Makanan: Keprihatinan Berterusan Tengku Adnan Untuk Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor, terus menunjukkan komitmennya terhadap masyarakat tempatan walaupun beliau tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Sifat keprihatinan beliau tidak pernah pudar, malah dilaksanakan dengan memberi pelbagai kemudahan dan bantuan termasuk kepada warga Putrajaya.

Melalui khidmat bakti UMNO, beliau terus melaksanakan program pengagihan barangan bantuan makanan keperluan harian kepada penduduk setempat.

Usaha ini membuktikan bahawa keprihatinan beliau terhadap masyarakat adalah berterusan dan tidak terhad kepada tempoh perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen.

Agenda UMNO untuk membela rakyat adalah teras dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan. Tengku Adnan, dan pendekatan untuk memastikan warga Putrajaya terbela serta mendapat sokongan terus diaplikasi.

Khidmat bakti UMNO di bawah pimpinan Tengku Adnan jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab sosial dan keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat adalah nilai murni yang harus dijunjung oleh setiap individu.

Beliau terus aktif dalam mengagihkan barangan keperluan asas, termasuk makanan seperti beras, gula, minyak, kopi, susu dan lain-lain lagi. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban penduduk tetapi juga mencerminkan komitmen beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira dinamika politik.

Ini juga adalah bukti bahawa UMNO terus komited bersama untuk memastikan warga Putrajaya sejahtera dan terbela. – UMNOPutrajaya