Berita

Sumbangan Tak Banyak Alasan” Inisiatif Berterusan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – ‘Sumbangan Tak Banyak Alasan’ yang diadakan untuk penduduk Fasa 5R4 Presint 5, Putrajaya, adalah inisiatif UMNO Bahagian Putrajaya dengan matlamat untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya dan Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya, yang bertujuan meringankan beban penduduk, terutamanya dalam menghadapi cabaran kehidupan sehari-hari.

Melalui gerak kerja tersebut, pelbagai sumbangan disampaikan kepada penduduk, termasuk keperluan asas, makanan dan barangan kperluan harian yang antaranya ialah beras, milo, susu dan sebagainya.

Sumbangan ini adalah hasil usaha Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tidak henti-henti memikirkan yang terbaik untuk rakyat tempatan dan menyalurkan sokongan agar kebajikan rakyat terjamin.

“Kami di UMNO sentiasa berusaha untuk memastikan setiap warga Putrajaya tidak terpinggir. Sumbangan ini adalah manifestasi daripada komitmen kami untuk mendengar dan membantu keperluan rakyat,” katanya.

Apa yang pasti, inisiatif berterusan ‘Sumbangan Tak Banyak Alasan’ ini bukan sahaja memberi bantuan fizikal, tetapi juga membina semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan penduduk.

Malah, ia juga menunjukkan bahawa walaupun dalam keadaan sukar, ada harapan dan sokongan daripada UMNO yang terus dilaksana untuk masyarakat. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.