Keputusan Mahkamah: UMNO Berdiri Teguh di Sisi Dato’ Seri Najib
Saya, dengan rasa penuh penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang dan tanpa sebarang niat untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membuat dapatan prima facie selanjutnya memanggil untuk membela diri mantan pemimpin nombor satu negara, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Keputusan ini bukanlah satu pengesahan bahawa beliau telah terbukti bersalah, tetapi adalah ruang dan peluang Dato’ Sri Najib untuk membela diri dan membuktikan diri beliau tidak bersalah.
Mewakili UMNO dan Barisan Nasional juga sebagai seorang sahabat, kami yakin Dato’ Seri Najib berada di pihak yang benar. Kami akan terus memberikan sokongan untuk memastikan beliau mendapat keadilan. Kami juga akan sentiasa mendoakan agar pelaku sebenar di sebalik penyelewengan 1MDB dibawa ke muka pengadilan, dan mudah-mudahan Dato’ Sri Najib diberikan keadilan sewajarnya.
Ahmad Zahid Hamidi