Kesetiaan Berpolitik
Amat tepat bila Zahid menegaskan sila dengar pandangan BN jika mahu kerajaan perpaduan ini kekal hingga ke PRU 16. UMNO khususnya, amat mengutamakan kesetiaan berpolitik. Sebab itu BN kekal selepas 50 tahun walaupun perbezaan pendapat ada kalanya tegang
Sebab itu juga UMNO tidak boleh kekal lama dengan PAS dan Bersatu. Dua kali perkahwinan UMNO dengan PAS berakhir dengan perceraian. Iaitu masa PAS sertai BN 7 Mac 1974 dan membentuk Muafakat Nasional.
PRN Sabah menguji sama ada setiap parti mendengar antara satu dengan lain. Khususnya BN-PH dengan GRS atau BN-PH dengan Warisan. Umum mengetahui UMNO kurang mesra dengan GRS dan PH pula kurang mesra dengan Warisan.
Dr Puad Zarkashi