Telur Sebiji Riuh Sekampung: Menilai Usaha Membela Rakyat… Rindu Zaman BN
Dalam politik, sering kali kita terperangkap dalam perdebatan tentang parti mana yang lebih baik, siapa pemimpin yang lebih berkaliber, atau agenda politik mana yang lebih menguntungkan. Namun, apa yang perlu diutamakan adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk menjaga kebajikan rakyat.
Walaupun isu politik sering kali menjadi tumpuan utama, kita tidak boleh lupa tentang peranan penting yang dimainkan oleh setiap wakil rakyat waima sekarang ini lebih ramai yang ibarat ‘telur sebiji riuh sekampung’ sedangkan impaknya tidak melata sebaliknya hanya foto dan cerita ringkas untuk dimuat naik dalam media sosial mereka.
Ada-ada saja kisah YB sekarang dalam media sosial, beri satu bantuan tapi canangnya seluruh alam sedangkan tak tara mana pun… kalau nak dikisahkan semua bantuan-bantuan sebegitu dah lama dilaksana dan diamalkan tapi barangkalai kerana tak dicanang sudahnya, lembu punya susu maka sapi yang dapat nama.
Teringat dulu Kerajaan BN… eh memang rindu zaman BN pun sebab ketika itu bantuan dilaksana dipelbagai peringkat, dari dasar, subsidi, agihan bersasar hinggalah kepada impak pembangunan yang semuanya diagihkan. Namun, lantaran pelaksanaan yang dianggap sebagai ‘tangan kanan memberi dan tangan kanan disembunyi, pelbagai bantuan diberi tanpa diwar-warkan hasil daripada BN. Semuanya diabuat atas ikhlas sebagai amanah kerajaan berwibawa yang kemudian memberi bahana apabila rakyat lebih terpesona pada janji hulan dan bintang.
Apa nak dibuat, nasi sudah menjadi bubur… sekarang hanya masa mengenang kisah lampau. Banyaknya yang kini ‘melepas’ lantaran mendapat ‘hampas’ setelah terpengaruh dengan pelbagai.
tumpuan kepada pelbagai inisiatif lain yang memanfaatkan golongan berpendapatan rendah. Salah satu contoh adalah bantuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah sebagai sokongan kewangan langsung. BR1M bukan sekadar bantuan tunai, tetapi juga bertujuan untuk membantu meringankan beban hidup rakyat dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bukan itu sahaja, kerajaan BN juga melaksanakan pelbagai program subsidi bagi mengurangkan beban kos hidup rakyat. Antaranya adalah subsidi petrol dan gula, yang memberikan sokongan langsung kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Begitu juga dengan subsidi elektrik dan air yang membantu mengurangkan beban bil bulanan rakyat.
Selain itu, kerajaan BN juga memperkenalkan pelbagai skim pembiayaan rumah seperti Skim Perumahan Rakyat (SPR), yang memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka.
Dari desa hinggalah ke ibu kota bantuan secara holistik. Itulah BN… Salah satu contoh penting adalah program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) yang diperkenalkan ketika Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Program ini berawal dari satu visi besar untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar untuk memiliki rumah. Tengku Adnan, sebagai Menteri yang bertanggungjawab, telah berikrar bahawa kerajaan BN akan membina 80,000 unit rumah mampu milik dengan harga rumah serendah RM63,000 hingga RM300,000. Pada masa yang sama, mereka juga berpeluang menikmati fasiliti kondominium dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pasaran terbuka.
Selepas kemenangan pihak pembangkang dalam PRU 2018, banyak dasar kerajaan terdahulu yang ditarik balik atau diubah. Ini mencetuskan ketidakstabilan dalam ekonomi negara dan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan dalam mengatasi masalah yang ada.
Rakyat kini berdepan dengan ketidakpastian ekonomi yang lebih mendalam, dan keyakinan mereka terhadap kerajaan juga tidak menentu.
Sebagai contoh, pengundi yang terpedaya dengan berita-berita tidak benar dan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan BN semasa PRU-14 telah menyebabkan perubahan yang ketara dalam landskap politik Malaysia. Selepas perubahan kerajaan, keadaan ekonomi negara menjadi semakin sukar, dengan banyak pelabur yang menarik diri dan ketidaktentuan ekonomi yang semakin meruncing.
Sebagai kesimpulan, banyak kejayaan dan formula yang telah diterjemahkan oleh kerajaan BN dahulu yang memanfaatkan rakyat. Rakyat perlu bijak menilai dan membezakan antara fakta dan persepsi.
Walaupun kerajaan hari ini berusaha untuk mengubah negara, kita tidak boleh lupa bahawa kejayaan yang dicapai oleh kerajaan terdahulu dalam membela rakyat melalui pelbagai bantuan dan program harus diberi perhatian dan dihargai.
Pada akhirnya, kesejahteraan rakyat harus menjadi keutamaan utama, tanpa mengira parti politik yang memerintah.
OLEH:
Penglipurlara Politik