Isu Semasa

Sekretariat Orang Melayu???

Semalam Tun M mengadakan sidang akhbar dengan menyatakan ingin menubuhkan Sekretariat Orang Melayu dengan konsep “payung besar” atas alasan untuk memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.

Yang hadir bersama ialah YB TSMY Presiden PPBM, YB Tuan Ibrahim-Tim Presiden PAS, YB Hamzah Zainuddin dan beberapa NGO Melayu didalam sesi sidang akhbar semalam yang lebih berwajah politik walaupun Tun M menyatakan gerakan atau penubuhan Sekretariat Orang Melayu ini adalah untuk menyelesaikan pelbagai masalah orang Melayu di dalam negara ketika ini.

Masalah orang Melayu?? Siapa yang menciptanya sehingga berpecah?? Kalau dibuka sejarah semula kewujudan PAS, PPBM, Pejuang malah PKR juga adalah serpihan dari parti UMNO. Kenapa Tun M tak cadangkan semua parti-parti serpihan UMNO ini dibubarkan dan bertaut semula dengan UMNO seperti Semangat 46 jika betul niat ikhlas untuk menyatu padukan orang-orang Melayu. Kenapa perlu Sekretariat Orang Melayu?

Tun M sendiri di dalam PRU14 lepas bersama PKR dan DAP untuk bunuh dan talkinkan UMNO. Kini Tun M kata orang Melayu perlu bersatu. Tun M yang sebenarnya bagi DAP dan PKR merasa “manis dan kesedapan kuasa” bila menjadi kerajaan ketika zaman PH1.0. Selepas 22 bulan Tun M ditumbang dan dikhianati oleh kemnya sendiri iaitu TSMY, Hamzah dan Azmin Ali atas alasan kepentingan Melayu dan Islam dibawah Tun M selaku PM sendiri tergugat. Ingat lagi isu ICERD, Tun M yang berada dipuncak kuasa hanya diam ketika itu.

Akhir kata, Ahli-ahli UMNO amat tahu objektif dan taktik Tun M kerana PPBM dan PAS sudah mula hilang sokongan dari orang-orang Melayu sendiri. Acapkali dan cara mudah untuk mendapatkan sokongan semula “jual nama Melayu” supaya bersatu padu. Naratif yang basi dan klise. Sebagai ahli UMNO saya ingin nyatakan “thank but no thank” dengan jemputan dari Tun M untuk sertai Sekretariat Orang Melayu. Bagi saya parti UMNO sudah cukup dan lengkap untuk memperjuangkan agenda Melayu dan Islam dibawah kepimpinan Presiden UMNO YAB DS Zahid Hamidi. Wallahuallam.

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.