Berita

Tengku Adnan Ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Seru Hayati Nilai Pengorbanan

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Putrajaya.

Dalam ucapan sempena sambutan Aidiladha, beliau menyeru masyarakat agar terus menghayati nilai-nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat kebersamaan yang menjadi asas perayaan ini.

“Hari Raya Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan yang sebenar serta keikhlasan dalam memberi. Semoga nilai-nilai murni ini terus subur dalam diri kita semua demi membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera,” katanya.

Tambah beliau, Aidiladha juga merupakan masa terbaik untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan mengeratkan silaturahim di kalangan komuniti.

Tengku Adnan turut berharap agar ibadah korban yang dijalankan pada tahun ini akan membawa keberkatan dan menjadi lambang perpaduan dalam kalangan umat Islam. – UMNOPutrajaya