Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Serunding KuNan Imarahkan Ramadan Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Sempena Ramadan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, hadir menyampaikan sumbangan serunding kepada para pengundi termasuk yang terbaharu di Blok C, Putra Harmoni.

Ujarnya, sumbangan ini merupakan titipan daripada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang terkenal dengan tradisi memberi serunding setiap Ramadan sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

“Walaupun Datuk Seri Tengku Adnan bukan lagi Ahli Parlimen Putrajaya, beliau tetap menekankan bahawa pemberian serunding kepada masyarakat setiap Ramadan adalah satu kemestian.

“Ia bukan sekadar sumbangan makanan, tetapi simbol hubungan rapat antara pemimpin dan rakyat. Ini adalah cara beliau untuk terus mendekati masyarakat dan menyemai ukhuwah dalam komuniti,” katanya.

Jelasnya, setiap tahun, pemberian serunding ini menjadi tradisi yang dinantikan ramai kerana telah menjadi rutin bagi warga tempatan.

Menurut Datuk Ahmad Faisal lagi, inisiatif seperti ini adalah bukti bahawa tradisi dan nilai murni dalam masyarakat perlu diteruskan.

“Ramadan bukan sahaja bulan untuk berpuasa, tetapi juga masa untuk kita saling memberi dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Nilai kebersamaan yang ditunjukkan bahawa membuktikan bahawa pemimpin UMNO sentiasa prihatin.”

Beliau juga berharap agar sumbangan serunding ini dapat menambahkan keceriaan penduduk dalam bulan Ramadan, sekaligus mengukuhkan ikatan antara pemimpin dan rakyat di Putrajaya. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.